2.4.09
BETULKAH ORANG PAS NI ORANG MELAYU? ~ Kalau Orang Melayu Pasai Pa Nak Hapuskan Hak Keistimewaan Orang Melayu?
PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?
Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, muka surat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?
ByE : DEB ibarat nadi dalam diri orang Melayu. Awat??? pas rasa bangsa dia dah hebat sangat ka yang nak taraf sama rata tu..Depa kata orang pas yang selalunya miskin, tak dak keja pandai buat anak ja..betoi ka? betoi kot.
BILA NIZAR DAH TAK JADI MB ~ BARU KITA TAU MULUT NIZAR BUSUK MENGALAHKAN BANGKAI BABI
Orang-orang tua dalam Pas sepatutnya mengambil tindakan disiplin ke atas Nizar. Masukkan beliau dalam kelas yang ada mengajar disiplin. Beritahu beliau bahawa Malaysia ada Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara. Walau apapun agama dan pegangan hidup kita, hidup dalam satu-satu Negara, negeri, daerah, kampung dan taman, ada peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. Jika tidak, lebih baik kita tinggal di dalam hutan yang jiran-jiran kita semuanya pokok-pokok dan binatang buas. Itupun kena ada peraturan juga supaya kita tidak menyakiti binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Sombongnya Nizar, Inikah Watak Pemimpin Pas?
“Kalau Zambry nak masuk ke rumah ini, itu hak dia sebab saya dah tak duduk (kediaman Menteri Besar) dah. Jadi kalau dia muka tak malu… duduklah.” Ini antara kata-kata Datuk Seri Ir Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang yang menjamah kerusi Menteri Besar lebih kurang 11 bulan, lebih dua bulan dari tempoh ibu mengandung.
Kata-kata ini dipetik dai Utusan Malaysia, Jumaat 13 Februari. Dalam menulis mengenai bekas Menteri Besar Perak ini, perlulah berhati-hati kerana beliau sekarang mempunyai 12 barisan peguam handalan yang akan mengambil tindakan mahkamah agar membatalkan pengisytiharan kerajaan Barisan Nasional (BN) pemerintah di Perak dan perlantikan YAB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
Kediaman rasmi Menteri Besar sudah menjadi kubu pembangkang buat beberapa hari. Namun, tindakan segera Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim menghantar surat meminta Nizar mengosongkan kediaman itu menyebabkan Nizar tidak ada pilihan lain, kecuali mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah anak-anaknya.
Sepatutnya, Nizar tidak perlu menunggu surat mengarahkannya mengosongkan kediaman itu sebaliknya bertindak sendiri untuk mengosongkannya kerana apabila beliau sudah dititahkan meletakan jawatan sebagai Menteri Besar, kemudiannya dilarang memasuki Pejabat Menteri Besar, bererti beliau bukan lagi Menteri Besar, walaupun beliau berulang-ulang kali mengatakan beliau masih menteri besar yang sah sementara Dr. Zambry adalah Menteri Besar ‘haram’.
Nizar dilihat berpewatakan lembut tetapi bila bercakap ketika hilang jawatan, beliau tiba-tiba menjadi sombong. “Jadi kalau dia (Dr. Zambry) muka tak malu…” seperti yang dilafazkan Nizar sebenarnya boleh dipulangkan kepadanya semula kerana beliaulah yang ‘muka tak malu’ kerana tidak tahu ‘pulang bila datang bertandang'
cerita selanjutnya layari mymassa.com
ByE : Penyangak zaman la ni semuanya muka baik2, macam muka nizar..heee
1.4.09
SUKANYA DAP PERAK BILA PAS AKUR KEHENDAKNYA
KETIKA pengundi-pengundi Parlimen Bukit Gantang berkira-kira mahu menyokong siapa antara calon BN, Ismail Saffian, calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dan calon PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, antara pihak yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah DAP.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Ir Mohammad Nizar sebagai calon yang sepatutnya mewakili PAS kerana penyokong-penyokong DAP amat mengkagumi Ir Mohammmd Nizar yang pernah meluluskan tanah kepada kampong baru untuk geran 999 tahun.
Bagi DAP, mereka berjaya mempergunakan Ir Mohammad Nizar untuk akur dengan kehendaknya. Maka, jika ada lagi pilihan raya, undang-undang membenarkan, DAP akan tetap mahu mencalonkan Ir Mohammad Nizar, walaupun di kawasan DAP kerana inilah satu-satunya orang Melayu beragama Islam yang mudah dipergunakan.
Ir Mohammad Nizar seorang yang didakwa telah hilang semangat keMelayuannya. Dia bersedia mengikut apa sahaja kehendak DAP. Dia mungkin sedar, dia menjadi Menteri Besar Perak, buat seketika atas sokongan DAP. Tanpa sokongan dan kehendak DAP, mustahil dia boleh duduk sebagai Menteri Besar, malahan mungkin untuk menjadi Exco pun, dia tidak layak.
PAS tidak kuat di Perak. Maka, kemenangan PAS yang sedikit itu menjadi manafaat kepada kemenangan DAP yang lebih besar dari kemenangan PAS dan PKR. Tetapi DAP ‘bijak’ menggunakan Melayu dan memperkudakan Islam. Mereka tidak perlu menjadi MB Perak untuk menganugerahkan sesiapa tanah, kerana ada ‘kuda kayu’ dan orang Melayu yang dicontrol pemikiran mereka.
Tanpa kedudukan sebagai MB Perak, DAP tetap paling berkuasa di Perak buat seketika. Nasib baiklah masih ada beberapa kerat ADUN Melayu dan seorang dari keturunan Cina, yang sanggup menghentikan semua permainan ini. Nasib baik, Allah tidak mengizinkan DAP terus ‘mempergunakan kuasa’ yang mereka dapat melalui pertolongan PAS. Maka, dengan izin Allah, Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan perlantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan 28 campur tiga ADUN di Perak yang menyebabkan kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR terlepas kuasa.
Dengan ‘kelemahan’ yang ada pada PAS di Perak, maka DAP sangat-sangat menyayangi PAS kini, khususnya di Perak. Apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, bukan orang PAS yang menamakan calon PAS, sebaliknya pemimpin DAP yang menamakan Ir Mohammad Nizar.
Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP. Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.
Khabarnya, DAP Perak bukan main gembira apabila cadangan mereka supaya Ir Mohammad Nizar dicalonkan, diterima. Malahan, beberapa pihak yang tidak berminat menyertai mana-mana parti politik menyifatkan DAP sekarang sudah menjadi penasihat kepada kepimpinan PAS. Malahan, PAS dikatakan akan akur apa sahaja kehendak DAP khususnya di Perak, asalkan DAP menyokong mereka untuk menjadi Menteri Besar.
DAP berjaya memesongkan otak dan pemikiran orang-orang PAS. Ketika orang-orang PAS berbaring di atas jalanraya kerana mahu menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry di Istana Bukit Chandan, orang-orang DAP duduk di rumah tanpa perlu berdemontrasi. Mereka tahu, perjuangan mereka sudah diambil alih oleh PAS yang sudah mereka ‘kuda kayu’kan.
Calon BN, Ismail Saffian adalah calon terbaik untuk dipilih pengundi-pengundi Bukit Gantang. Beliau bukan sahaja dipih atas kehendak pengundi-pengundi sendiri, malahan, pucuk pimpinan ketika mengumumkan namanya, menyifatkan Ismail Saffian adalah seorang calon terbaik untuk penduduk di Bukit Gantang.
Ketika Ir Mohammad Nizar mencari simpati dari pengundi-pengundi Bukit Gantang, Ismail Saffian pula menawarkan khidmatnya untuk terus membangunkan kawasan Parlimen Bukit Gantang. Pengundi-pengundi di Bukit Gantang tidak perlu bermain dengan sentiment dan emosi seperti yang dimainkan pembangkang kerana Bukit Gantang buat pertama kalinya kini akan diwakili anak tempatan, melalui calon BN, Ismail Saffian.
Keangkuhan Ir Mohammad Nizar merampas mikrofon di Masjid Simpang baru-baru ini, yang disaksikan sendiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuktikan, semangat DAP sudah meresap dalam jiwa calon PAS ini. Hanya DAP sahaja yang sanggup melakukan sesuatu yang mengecewakan orang-orang Islam dan orang-orang Melayu termasuklah membuat tuduhan Pemuda Umno (yang semuanya Melayu dan beragama Islam) bagai celaka.
Hilang segala adap dan sopan sebagai seorang Melayu apabila DAP menyokongnya. PAS di Perak bukan baru tetapi kejadian-kejadian seumpama ini dianggap sebagai semangat PAS yang didorong DAP kerana selama ini PAS tidak melakukan perbuatan kasar seperti ini, terutama di Masjid Simpang yang memang dikunjungi ramai penduduk sekitar kawasan itu.
Ir Mohammad Nizar mungkin mahu membuktikan kepada DAP, dia adalah pahlawan PAS yang sanggup berdepan dengan BN demi kejayaan DAP. Ir Mohammad Nizar barangkali mahu membuktikan bahawa DAP memang sepatutnya terus menyokongnya kerana dialah satu-satunya orang PAS yang berdarah campuran Cina dan sanggup diperalatkan DAP.
Apakah orang ini yang hendak disokong oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang? Adakah orang ini yang pengundi-pengundi Buki Gantang mahukan? Tolaklah orang seperti ini. Kembalikan perpaduan dan keharmonian yang sudah terjalin selama ini. Di bawah kerajaan BN, pengundi-pengundi bukan sahaja akan tenang, aman, tenteram dan harmoni malahan, anak-anak kita semua dapat belajar dengan baik kerana kestabilan politik.
ByE: Pas memang suka dibonekakan.
WAHAI ORANG-ORANG MELAYU..RENUNG-RENUNGKANLAH, FIKIR-FIKIRKANLAH
Macam nikah pemimpin yang kita nak..baru dapat 4 negeri dah tunjuk belang. Macam nikah jenis kawan yang pas dan pkr berkawan, yang depa kata baik sangat 2..fikir2kanlah wahai orang2 Melayu. Jangan jadi barua depa. Kita ni bangsa yang bermaruah. Bergaduh macam mana pun bangsa Melayu tetap akan bersatu dan saling bermaafan bak kata pepatah "air dicincang takkan putus". Macam tulah ibaratnya orang Melayu tapi kalau bangsa depa???tepuk dada tanyalah minda.
ByE : Allah SWT memberikan kita akal dan fikiran yang membezakan kita dengan binatang..fikir-fikirkanlah
AKHIRNYA NIZAR MENGAKU DIA BUKAN MB PERAK LAGI
Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang jangan sesekali terpengaruh dengan permainan Pas yang tidak bertanggungjawab ini. Pas sanggup bersengkokol dengan DAP untuk sama-sama menghina Baginda Sultan Perak. Janganlah hendaknya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang terlibat sama dengan permainan derhaka ini. Ini adalah sesuatu yang cukup bahaya kepada keselamatan dan keharmonian negara kita, Malaysia yang kita cintai
Akhirnya Nizar Mengaku Dia Bukan MB Perak Lagi
KETIKA Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sibuk mempertahankan kereta rasmi Menteri Besar dan memasang plak Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di rumah sewanya, dekat Ipoh, dia akhirnya terpaksa mengakui, semuanya itu sudah menjadi sejarah!
Malangnya, rakyat Perak, khususnya penyokong-penyokong Pas masih lagi diberitahu, dalam setiap ceramahnya, termasuk dalam laporan media milik Pas, mengambarkan bahawa Ir Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak.
Namun, ketika mengisi boring ketika mahu bertanding di dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Ir Mohammad Nizar menulis pekerjaannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan bukan sebagai Menteri Besar Perak.
Inilah lidah orang Pas sebenarnya. Apa yang mereka katakana, dalam ceramah ataupun percakapan di mana-mana, tidak sama dengan hakikat sebenarnya. Dia tidak berani untuk menulis jawatannya sebagai Menteri Besar Perak, walaupun dia masih enggan menyerahkan kereta rasmi Menteri Besar kepada pejabat SUK.
Kenapa Ir Mohammad Nizar begitu biadap? Kenapa Ir Mohammad Nizar begitu angkuh? Kenapa ia boleh jadi begitu kasar dan rakus? Sedikit masa dahulu, sering keluar dari mulutnya, dialah kononnya Menteri Besar ‘halal’ sementara Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar ‘haram’.
Lebih malang lagi, apabila Datuk Mufti Perak meminta semua pihak akur dengan qada’ dan qadar Allah, banyak laman-laman portal yang pro Pas mengecam Datuk Mufti hingga terbit kata-kata kecaman yang cukup menjijikkan.
Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang jangan sesekali terpengaruh dengan permainan Pas yang tidak bertanggungjawab ini. Pas sanggup bersengkokol dengan DAP untuk sama-sama menghina Baginda Sultan Perak. Janganlah hendaknya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang terlibat sama dengan permainan derhaka ini. Ini adalah sesuatu yang cukup bahaya kepada keselamatan dan keharmonian negara kita, Malaysia yang kita cintai.
Kenapa Pas tidak memilih seorang anak tempatan menjadi calon Pas di Bukit Gantang? Apakah tidak ada anak tempatan Bukit Gantang yang layak untuk dipilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini? Di mana Ustaz Idris Ahmad yang cukup popular di kalangan Pemuda Pas dan penyokong-penyokong Pas di Bukit Gantang?
Jelas di sini, jika pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang, di DUN Trong, Kuala Sepetang dan Cangkat Jering dapat berfikir, tentulah mereka tahu bahawa Pas cuba bermain dengan perasaan rakyat kononnya, Ir Mohammad Nizar dianiaya. Kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak terlepas dan dia tidak lagi dapat meluluskan tanah-tanah kepada kampong-kampung baru untuk tempoh 999 tahun.
Ir Mohammad Nizar sebenarnya sedar bahawa dia banyak melakukan kesilapan ketika dia menjadi Menteri Besar. Dia diperalatkan DAP untuk mencapai hasrat mereka menidakkan suara orang-orang Melayu di Perak. Tanpa DAP di belakang Ir Mohammad Nizar, mustahil Ir Mohammad Nizar dengan begitu berani memohon sembah derhaka daripada Paduka Seri Sultan Perak.
Siapakah Ir Mohammad Nizar dan Datuk Ngeh Koo Ham yang mahu mempersoalkan keputusan yang diambil Sultan Perak dalam soal perlantikan Menteri Besar?
Siapakah V. Sivakumar yang secara terang-terang berani mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri hingga sanggup dia mendahului Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hingga dia pula boleh ‘memecat Menteri Besar’ yang dilantik oleh Sultan.
Dari satu sudut ln, seolah-olah V. Sivakumar pula yang boleh memecat Menteri Besar sedangkan apabila Baginda Sultan Perak menitahkan Ir Mohammad Nizar meletakkan jawatan apabila sudah tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Ir Mohammad memilih untuk memohon sembah derhaka tetapi V. Sivakumar kelihatan lebih besar kuasanya dari Baginda Sultan.
Ingatkah pengundi-pengundi Bukit Gantang bagaimana Ir Mohammad Nizar pernah mengadakan Mesyuarat Exco di Kediaman Rasmi Menteri Besar sebagai ‘tanda menderhaka’ kepada Baginda Sultan yang sudah memperkenankan perlantikan YAB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar?
Apakah dia masih mengadakan Mesyuarat Exco lagi sekarang? Jika dia sudah mengakui ‘segala-galanya sudah menjadi sejarah’ kenapa dia tidak berterus terang dengan rakyat di majlis-majlis ceramahnya bahawa dia sudah tidak lagi layak untuk disebut sebagai YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.
Rakyat terus dibohongi. Perasaan rakyat dimainkan dengan cerita ‘kesihan Nizar’ . Suratkhabar Pas, Harakah masih lagi menyebut dan menulis kononnya Ir Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak. Malangnya, apabila mengisi borang di hari penamaan calon, jawatannya hanya ditulis sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.
Para pengundi di Bukit Gantang perlulah bersedia dengan kehadiran pemimpin baru di Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dengan satu harapan baru kepada seluruh penduduk Negeri Perak. Track-rekord Dr. Zambry sebagai seorang pemimpin yang cukup perhatian kepada masalah kemiskanan rakyat dan pendidikan rakyat akan dapat terus diperjuangkan jika pengundi-pengundi di Bukit Gantang dapat menyatakan sokongan kepada calon BN, Saudara Ismail Saffian, 7 April 2009 ini.
Gunakanlah hak mengundi dengan rasional dan memikirkan kepentingan anak cucu kita! Jangan terlibat dengan permainan politik kotor DAP yang mahu mempergunakan sentiment rakyat untuk menghancurkan keharmonian yang sudah lama kita semua kecapi.
ByE : Hehe..nizar ni bodoh tak boleh nak diajar, cerdik tak boleh nak diikut..cerdik ke nizar ni??? taklah..bodoh le dia tu.
31.3.09
SIAPA SEBENARNYA ANTI ISLAM DAN PETUALANG BANGSA
Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.
Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.
Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.
Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Petikan penuh sila layari mymassa.com
ByE : Dah tau dah..dari dulu lagi dah tau.
NIZAR MEMANG PAK KADUK NAIK JUNJUNG ~ Mufti Kata Taat, Dia Kata Derhaka
Inilah Pak Kaduk Naik Junjung !! Dok rasa dia MB Perak lagi ,sawan dia sudah mai balik kot . Apa sudah jadi dengan Nizar yang tidak tahu adab menghormati Majlis terutama di masjid. Memang muka tidak tahu malu langsung ,nama je Ir tetapi attitude haprak !! Apabila sudah sembah derhaka ,maka kemaruk kuasa beliau semakin menjadi-jadi.
ByE : Macam ni ke pemimpin yang kita nak??? Pemimpin yang macam ni lebih baik p terjun lombong.
Subscribe to:
Posts (Atom)