1.4.09

AKHIRNYA NIZAR MENGAKU DIA BUKAN MB PERAK LAGI


Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang jangan sesekali terpengaruh dengan permainan Pas yang tidak bertanggungjawab ini. Pas sanggup bersengkokol dengan DAP untuk sama-sama menghina Baginda Sultan Perak. Janganlah hendaknya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang terlibat sama dengan permainan derhaka ini. Ini adalah sesuatu yang cukup bahaya kepada keselamatan dan keharmonian negara kita, Malaysia yang kita cintai

Akhirnya Nizar Mengaku Dia Bukan MB Perak Lagi

KETIKA Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sibuk mempertahankan kereta rasmi Menteri Besar dan memasang plak Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di rumah sewanya, dekat Ipoh, dia akhirnya terpaksa mengakui, semuanya itu sudah menjadi sejarah!

Malangnya, rakyat Perak, khususnya penyokong-penyokong Pas masih lagi diberitahu, dalam setiap ceramahnya, termasuk dalam laporan media milik Pas, mengambarkan bahawa Ir Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak.

Namun, ketika mengisi boring ketika mahu bertanding di dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Ir Mohammad Nizar menulis pekerjaannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan bukan sebagai Menteri Besar Perak.

Inilah lidah orang Pas sebenarnya. Apa yang mereka katakana, dalam ceramah ataupun percakapan di mana-mana, tidak sama dengan hakikat sebenarnya. Dia tidak berani untuk menulis jawatannya sebagai Menteri Besar Perak, walaupun dia masih enggan menyerahkan kereta rasmi Menteri Besar kepada pejabat SUK.

Kenapa Ir Mohammad Nizar begitu biadap? Kenapa Ir Mohammad Nizar begitu angkuh? Kenapa ia boleh jadi begitu kasar dan rakus? Sedikit masa dahulu, sering keluar dari mulutnya, dialah kononnya Menteri Besar ‘halal’ sementara Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar ‘haram’.

Lebih malang lagi, apabila Datuk Mufti Perak meminta semua pihak akur dengan qada’ dan qadar Allah, banyak laman-laman portal yang pro Pas mengecam Datuk Mufti hingga terbit kata-kata kecaman yang cukup menjijikkan.

Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang jangan sesekali terpengaruh dengan permainan Pas yang tidak bertanggungjawab ini. Pas sanggup bersengkokol dengan DAP untuk sama-sama menghina Baginda Sultan Perak. Janganlah hendaknya pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang terlibat sama dengan permainan derhaka ini. Ini adalah sesuatu yang cukup bahaya kepada keselamatan dan keharmonian negara kita, Malaysia yang kita cintai.

Kenapa Pas tidak memilih seorang anak tempatan menjadi calon Pas di Bukit Gantang? Apakah tidak ada anak tempatan Bukit Gantang yang layak untuk dipilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini? Di mana Ustaz Idris Ahmad yang cukup popular di kalangan Pemuda Pas dan penyokong-penyokong Pas di Bukit Gantang?

Jelas di sini, jika pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang, di DUN Trong, Kuala Sepetang dan Cangkat Jering dapat berfikir, tentulah mereka tahu bahawa Pas cuba bermain dengan perasaan rakyat kononnya, Ir Mohammad Nizar dianiaya. Kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak terlepas dan dia tidak lagi dapat meluluskan tanah-tanah kepada kampong-kampung baru untuk tempoh 999 tahun.

Ir Mohammad Nizar sebenarnya sedar bahawa dia banyak melakukan kesilapan ketika dia menjadi Menteri Besar. Dia diperalatkan DAP untuk mencapai hasrat mereka menidakkan suara orang-orang Melayu di Perak. Tanpa DAP di belakang Ir Mohammad Nizar, mustahil Ir Mohammad Nizar dengan begitu berani memohon sembah derhaka daripada Paduka Seri Sultan Perak.

Siapakah Ir Mohammad Nizar dan Datuk Ngeh Koo Ham yang mahu mempersoalkan keputusan yang diambil Sultan Perak dalam soal perlantikan Menteri Besar?

Siapakah V. Sivakumar yang secara terang-terang berani mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri hingga sanggup dia mendahului Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hingga dia pula boleh ‘memecat Menteri Besar’ yang dilantik oleh Sultan.

Dari satu sudut ln, seolah-olah V. Sivakumar pula yang boleh memecat Menteri Besar sedangkan apabila Baginda Sultan Perak menitahkan Ir Mohammad Nizar meletakkan jawatan apabila sudah tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Ir Mohammad memilih untuk memohon sembah derhaka tetapi V. Sivakumar kelihatan lebih besar kuasanya dari Baginda Sultan.

Ingatkah pengundi-pengundi Bukit Gantang bagaimana Ir Mohammad Nizar pernah mengadakan Mesyuarat Exco di Kediaman Rasmi Menteri Besar sebagai ‘tanda menderhaka’ kepada Baginda Sultan yang sudah memperkenankan perlantikan YAB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar?

Apakah dia masih mengadakan Mesyuarat Exco lagi sekarang? Jika dia sudah mengakui ‘segala-galanya sudah menjadi sejarah’ kenapa dia tidak berterus terang dengan rakyat di majlis-majlis ceramahnya bahawa dia sudah tidak lagi layak untuk disebut sebagai YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.

Rakyat terus dibohongi. Perasaan rakyat dimainkan dengan cerita ‘kesihan Nizar’ . Suratkhabar Pas, Harakah masih lagi menyebut dan menulis kononnya Ir Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak. Malangnya, apabila mengisi borang di hari penamaan calon, jawatannya hanya ditulis sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Para pengundi di Bukit Gantang perlulah bersedia dengan kehadiran pemimpin baru di Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dengan satu harapan baru kepada seluruh penduduk Negeri Perak. Track-rekord Dr. Zambry sebagai seorang pemimpin yang cukup perhatian kepada masalah kemiskanan rakyat dan pendidikan rakyat akan dapat terus diperjuangkan jika pengundi-pengundi di Bukit Gantang dapat menyatakan sokongan kepada calon BN, Saudara Ismail Saffian, 7 April 2009 ini.

Gunakanlah hak mengundi dengan rasional dan memikirkan kepentingan anak cucu kita! Jangan terlibat dengan permainan politik kotor DAP yang mahu mempergunakan sentiment rakyat untuk menghancurkan keharmonian yang sudah lama kita semua kecapi.


ByE : Hehe..nizar ni bodoh tak boleh nak diajar, cerdik tak boleh nak diikut..cerdik ke nizar ni??? taklah..bodoh le dia tu.

2 comments:

TheFugitive said...

hoi2 . Sapa yg derhaka raja selangor oi ? si taik (TAIB) yg bawak lari Ku Yah sampai sultan selangor murka ko lupa ? Perhimpunan mencaci raja2 melayu anjuran ANJING UMNO 1993 ko dah lupa ? YG melucutkan imuniti raja melayu sampai sultan perak boleh di saman ko dah lupa ? melayu mudah lupa sungguh! Bukankah suma kerja pemimpin UMNO yg sungguh sayangkan raja dia .. adoi bodoh la kau ni .. sekolah darjah berapa . jgn tnya aku .. aku metalurgist .. ko tau tak .. aku tak bodo mcm kau ...

Anonymous said...

Hello the fugitive, kalau tak suka kerajaan pergi mampuslah