2.4.09

BETULKAH ORANG PAS NI ORANG MELAYU? ~ Kalau Orang Melayu Pasai Pa Nak Hapuskan Hak Keistimewaan Orang Melayu?


PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?


Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, muka surat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?

ByE : DEB ibarat nadi dalam diri orang Melayu. Awat??? pas rasa bangsa dia dah hebat sangat ka yang nak taraf sama rata tu..Depa kata orang pas yang selalunya miskin, tak dak keja pandai buat anak ja..betoi ka? betoi kot.

6 comments:

Anonymous said...

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/03/kenapa-penderhakaan-nizar-kepada-sultan.html

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

nizar bapak "ISLAM DAP DI PERAK" dan nampaknya tok guru yang lain pun dah ikut ISLAM DAP... BUKAN ISLAM YANG SYUmul.Ramai orang pas dah meluat sebab nizar laksanakan DAP = dunia aku punya!....MAKA MARILAH TOLAK GAGASAN NEGARA ISLAM NIZARZORO BERTOPENG INI. NIZAR 2 IDENTITI DALAM SATU MASA IAITU MELAYU DAN CINA. MAKA UNTUK SEMBUNYIKAN DIRINYA YANG SEBENAR MAKA DIA GUNA TOPENG. YANG GUNA TOPENG NI PEROMPAK.... PEROMPAK DAN PEROSAK MARUAH DAN KEDAULATAN MELAYU LAH TUUUU...

Anonymous said...

kahkahkah..Nizar menang bergaya...takbir...!!!

Anonymous said...

Jumpa ko cakap apa dia hak keistimewaan orang Melayu tu?

ekonomi?
Tanah?
bahasa?

tak de la semanjak BN perintah 50 tahun.

Berjuanglah untuk Islam bukan Melayu. Org Cina pun boleh jadi PM kalau dia beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam.

Bukan nama je Melayu dan Islam pada KP jer...sedar lah sahabat..

Bersatulah dalam PAS..

Anonymous said...

Aku oun x faham apa kelebihan DEB pada org Melayu, yg kaya cina juga..

Org Melayu nak belajar kena pinjam PTPTN kena bayar dengan kos pentadbiran yang mahal.

Org Pas mmg tak pandai berniaga berbanding orng UMNO.

Org UMNO berniaga sbb dapat kontrak dari kroni, menang tender sbb kroni,takde jolok takde masyuk.. tu yg org PAS tak pandai buat tu.

Org Pas mmg tak pandai makan komisyen.

TheFugitive said...

cakap biar berfakta.. sapa yg menyusahkan rakyat selama 50thun ? Siapa yg menderhaka sultan selangor tapi masih hdup sampai sekarang tak mampos2 ? sapa yg derhaka sultan johor tapi dia dah mampos skrg anak dia ganti ? cakap ? sapa ?