2.4.09

BILA NIZAR DAH TAK JADI MB ~ BARU KITA TAU MULUT NIZAR BUSUK MENGALAHKAN BANGKAI BABI


Orang-orang tua dalam Pas sepatutnya mengambil tindakan disiplin ke atas Nizar. Masukkan beliau dalam kelas yang ada mengajar disiplin. Beritahu beliau bahawa Malaysia ada Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara. Walau apapun agama dan pegangan hidup kita, hidup dalam satu-satu Negara, negeri, daerah, kampung dan taman, ada peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. Jika tidak, lebih baik kita tinggal di dalam hutan yang jiran-jiran kita semuanya pokok-pokok dan binatang buas. Itupun kena ada peraturan juga supaya kita tidak menyakiti binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Sombongnya Nizar, Inikah Watak Pemimpin Pas?

“Kalau Zambry nak masuk ke rumah ini, itu hak dia sebab saya dah tak duduk (kediaman Menteri Besar) dah. Jadi kalau dia muka tak malu… duduklah.” Ini antara kata-kata Datuk Seri Ir Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang yang menjamah kerusi Menteri Besar lebih kurang 11 bulan, lebih dua bulan dari tempoh ibu mengandung.

Kata-kata ini dipetik dai Utusan Malaysia, Jumaat 13 Februari. Dalam menulis mengenai bekas Menteri Besar Perak ini, perlulah berhati-hati kerana beliau sekarang mempunyai 12 barisan peguam handalan yang akan mengambil tindakan mahkamah agar membatalkan pengisytiharan kerajaan Barisan Nasional (BN) pemerintah di Perak dan perlantikan YAB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Kediaman rasmi Menteri Besar sudah menjadi kubu pembangkang buat beberapa hari. Namun, tindakan segera Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim menghantar surat meminta Nizar mengosongkan kediaman itu menyebabkan Nizar tidak ada pilihan lain, kecuali mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah anak-anaknya.

Sepatutnya, Nizar tidak perlu menunggu surat mengarahkannya mengosongkan kediaman itu sebaliknya bertindak sendiri untuk mengosongkannya kerana apabila beliau sudah dititahkan meletakan jawatan sebagai Menteri Besar, kemudiannya dilarang memasuki Pejabat Menteri Besar, bererti beliau bukan lagi Menteri Besar, walaupun beliau berulang-ulang kali mengatakan beliau masih menteri besar yang sah sementara Dr. Zambry adalah Menteri Besar ‘haram’.

Nizar dilihat berpewatakan lembut tetapi bila bercakap ketika hilang jawatan, beliau tiba-tiba menjadi sombong. “Jadi kalau dia (Dr. Zambry) muka tak malu…” seperti yang dilafazkan Nizar sebenarnya boleh dipulangkan kepadanya semula kerana beliaulah yang ‘muka tak malu’ kerana tidak tahu ‘pulang bila datang bertandang'

cerita selanjutnya layari mymassa.com

ByE : Penyangak zaman la ni semuanya muka baik2, macam muka nizar..heee

2 comments:

Anonymous said...

Kereta dia dah pulang ker belum. Kalau tak pulang, rasanya guna benda haram kot yer??

Saya perlik gak org 2 PAS yg ada kat GLC di Perak ni, makan gaji dgn K'jaan tapi unti pembangkang.. kalau muka tak malu cam tuler

Anonymous said...

depa ni semua nak menghalalkan cara apa yang depa buat.

tetapi sebenarnya depa ni parasit.