21.3.09

APA DAH JADI DENGAN PEMBANGKANG??? Kerajaan Perpaduan: Hadi sedia jawab Guan Eng, Nik Aziz


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan penubuhan gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat ini.

:Penjelasan akan dibuat selepas pelbagai pihak mula membuat perbandingan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ itu sama dengan situasi dan kerjasama politik dalam sejarah negara sebelum ini termasuk akan berlaku pembentukan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional (BN), sedangkan kaedah itu belum pernah dilaksanakan di negara ini.

:Abdul Hadi dijangka berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini selepas melihat idea penubuhan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkannya itu telah disalah tafsir pelbagai pihak termasuk sekutu Pakatan Rakyat (PR).

:Presiden Pas itu memaklumkan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada :Sinar Harian :semalam menerusi Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Mohd Shahir.

:“Insya-Allah perkara ini dijanjikan akan dijelaskan lebih lanjut oleh Presiden sekembalinya beliau dari luar negara dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

:Abdul Hadi pada bulan lalu menerusi satu wawancara dengan sebuah akhbar menjelaskan cadangan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan negara untuk melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu dan negara yang adil serta saksama.

Cadangan itu dipersetujui Dewan Pemuda Pas Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa namun Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sekutu Pas dalam PR.

Idea Abdul Hadi itu turut dibidas Nik Abdul Aziz setelah melihat tindakan Pre-siden Pas itu sebagai membe-lakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud komponen PR iaitu Pas, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN atau Pas menyertai UMNO atau BN, tetapi satu gagasan baru bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan negara dengan satu nada.

Beliau berkata, dalam hal tersebut semua pihak dalam BN dan PR akan diberi saham memerintah negara secara bersama tanpa wujud sama sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Hadi juga berharap agar idea tersebut difikir, dikaji dan dipertim-bangkan oleh semua pihak selari dengan realiti suasana politik dan ekonomi semasa.

No comments: