Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak kejatuhan rejim kerajaan pakatan pembangkang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya muncul memberikan penjelasan sebenar mengenai tidak beliau keluar dari PKR menjadi ahli Bebas yang menyokong kerajaan Islam Perak di ketuai oleh Datuk Dr Zambry Kadir .
Keputusan beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan atas desakan mana-mana pihak @ wang sebagai umpan tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terus terpelihara.Program yang dianjurkan oleh PEKIDA itu di Air Kuning itu turut disertai oleh Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Penjelasan Osman ini amat diperlukan untuk menerangkan perkara sebenar kepada rakyat Perak apa yang khususnya berlaku di dalam 11 bulan pemerintahan kerajaan Perak yang dikuasai oleh DAP Ngeh dan Nga .
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun ia dilihat sebagai satu keputusan politik tetapi ia melibatkan satu keputusan besar merobohkan sebuah kerajaan yang selama ini saya juga salah seorang pendokong utamanya,'' katanya.
'Selama 10 tahun juga saya menjadi pengkritik hebat UMNO dan BN tetapi 11 bulan saya menjadi Exco bersama kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas merubah persepsi dan kepercayaan saya," katanya.
Oleh : pejuang bangsa
13.3.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment