21.3.09
LAMBAT BETUL ~ Pas umum calon rebut kerusi Bukit Gantang, 23 Mac ini
NAK DENGAR CAKAP SIAPA??? SIAPA LEBIH BERKUASA~DAP,PKR,PAS???
Pas Terengganu menyatakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan berlaku sekiranya perkara itu tidak mendapat persetujuan daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).
:Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan yang dikemukakan Presiden Pas itu adalah perkara baru yang memerlukan perbincangan lanjut dengan rakan pimpinan PR iaitu Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
:Menurutnya, dalam konteks berkenaan, Abdul Hadi hanya mencadangkan kerajaan perpaduan menggabungkan antara Barisan Nasional (BN) dan PR, bukannya kerajaan campuran Pas-BN.
:“Apa yang disebut Abd Hadi kerajaan perpaduan adalah merangkumi semua gabungan parti politik antara BN dan PR, bukan Pas sahaja.
:“Cadangan ini dikemukakan selepas beliau melihat kepada pengalaman yang berlaku di banyak negara seperti Turki, Indonesia dan juga negara Barat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas negeri, di sini, semalam.
:Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas dalam sebuah portal internet baru-baru ini yang mencadangan supaya kerajaan perpaduan antara PR dan BN diwujudkan, khususnya bagi menangani krisis ekonomi yang semakin meruncing.
:Mustafa yang juga pengarah pilihan raya Pas Pusat berkata, setiap pimpinan Pas mempunyai hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat dan cadangan terhadap sesuatu isu yang diperkatakan banyak pihak.
:Dalam pada itu ketika mengulas mengenai percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan, beliau berkata, kedua-dua pemimpin terbabit mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza.
:“Saya anggap kenyataan kedua-dua pemimpin ini betul sebab mereka melihat dari perspektif berlainan, Tuan Guru (Nik Aziz) menyebut dalam konteks Muktamar Pas. Sememangnya kerjasama ini ditolak, cuma apa yang dikatakan Presiden Pas dari sudut gabungan PR, ia dua perkara berlainan.
:“Dalam soal ini, tidak berlaku pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini, perkataan ‘bidas’ seperti yang dinyatakan akhbar ini bukan daripada luahan Nik Aziz sebenar, ia adalah inpretasi media daripada apa yang diperkatakan Menteri Besar Kelantan itu,” katanya.
:Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai rayuan yang dibuat Datuk Seri Ali Rustam mengenai dakwaan politik wang yang dilakukan, Mustafa berkata, parti UMNO akan mengalami masalah yang lebih serius sekiranya Majlis Tertinggi (MT ) menarik balik keputusan yang dibuat lembaga disiplin parti berkenaan.
:Menurutnya, dalam keadaan itu, MT parti berkenaan akan mengalami masalah dalam membuat sebarang keputusan berhubung tindakan lembaga disiplin yang melucutkan hak kelayakan bertanding Naib Presiden UMNO itu.
:“MT UMNO kini hanya ada beberapa hari sebelum Mesyuarat Agung UMNO berjalan dan jika keputusan yang dibuat tidak sama dengan apa telah diputuskan jawatan kuasa disiplin , saya rasa UMNO akan lebih bercelaru,” katanya.
:Pada sidang media itu juga, Mustafa turut menyatakan Pas akan mengumumkan nama calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak pada malam 23 Mac ini.
:“Pengumuman itu akan dibuat Abdul Hadi dan ia dilakukan lebih awal bagi memberi peluang kepada calon yang dipilih untuk bersedia, sekali gus memantapkan operasi jentera sedia ada.
:“Jika orang yang telah dinamakan untuk bertanding lewat diumumkan, calon berkenaan akan segan turun bertanding.
:“Kita umumkan lebih awal bukan kerana mengikut UMNO tetapi berdasarkan keperluan. Ia berlainan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu kerana calon sudah dikenali ramai dan telah menjadi wakil rakyat,” katanya.
:Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas meninggal dunia pada 9 Februari lalu.
:“Saya tidak menolak kemungkinan calon diumumkan nanti adalah anak tempatan yang dipilih berdasarkan kredibiliti dan kewibawaannya.
:“Kita mempunyai tiga atau empat calon yang berpontensi, saya percaya dia adalah calon berkelayakan untuk memenangi kerusi berkenaan.
:“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan baru-baru ini, saya percaya kita akan dapat menawan kerusi ini berdasarkan sokongan diterima, selain kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat (PR),”katanya.
:Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah salah seorang nama yang dicalonkan, Mustafa berkata, dia tidak boleh menjawabnya dan tunggu sahaja pengumuman dibuat nanti.
ByE : tunggu dan lihat je. komen le kwn2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment