14.3.09

Calon Bukit Gantang BN

BUKIT GANTANG : Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional kawasan Parlimen tersebut.Beliau yang berusia 49 tahun merupakan bekas Ketua Penerangan dan Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Taiping pagi ini.Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh dan pekikan sokongan rakyat jelata. Saudara Kamalulail sebagai Timbalan Ketua Bahagian dilihat memeluk dan mengucapkan tahniah kepada Ismail.Inilah semangat yang jitu dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Tiga Dewan Undangan Negeri terletak di bawah Parlimen Bukit Gantang, iaitu Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Roslan Shaharum daripada PAS awal bulan lalu akibat sakit jantung.Penamaan calon akan diadakan 29 Mac manakala hari pengundian, jika ada pertandingan, akan berlangsung pada 7 April.

1 comment:

Anonymous said...

'tahniah' le?
untuk pengetahuan kome, die juge jagoh melesapkan duit seperti yg die bukti sewaktu bekerja di P.Buntar dan Manjung