12.3.09

Mini bajet kerajaan perihatin

Pergerakan Pemuda UMNO Simpang Renggam menyambut baik Pakej Ransangan Ekonomi RM60 bilion yang dibentangkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, baru-baru ini.

Ketua Pemuda, Zakaria Dullah berkata, beliau berharap semua pihak, termasuk sama-sama bersyukur kerana Kerajaan negara ini sentiasa peka, bertanggungjawab dan merancang dengan teliti persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. Kerajaan kita pastinya mencari penyelesaian jika menjangkakan sebarang masalah dan kesukaran, apa lagi bebanan rakyat.

Malah pakej itu meliputi pelbagai bidang, termasuk untuk menepis sebarang kemungkinan pengangguran berikutan pemberhentian pekerja dan kekurangan jawatan baru untuk menampung jumlah graduan dan lepasan sekolah.

“Bagaimanapun, kami ingin menarik perhatian Kerajaan kepada peruntukan kepada golongan belia menerusi Kementerian Belia dan sukan yang hanya berjumlah RM30 juta berbanding dengan keperluan pembangunan golongan muda ini sebanyak RM800 juta.

Di dalam keadaan semasa yang berhadapan kelembapan ekonomi dunia dan kemelut politik yang menekan pelbagai pihak, golongan muda tentunya sangat memerlukan juga kemudahan aktiviti sukan, riadah dan juga pembangunan insan menerusi kementerian berkenaan.”

Jika banyak kemudahan dan program pembangunan belia dapat disediakan, gejala sosial dan kemungkinan aktiviti tidak sihat berikutan suasana ekonomi lembap ini dapat dikekang daripada berleluasa.

Ketika tekanan kelembapan ekonomi mendorong pelbagai pihak terdesak, anasir tidak sihat seperti pengedar dadah tentunya sentiasa mencari keuntungan daripada golongan belia. Adalah baik, kemudahan dan program pembangunan belia dipertingkatkan sebagai sebahagian benteng jati diri remaja dan belia.

“Peruntukan yang lebih tinggi kepada golongan belia menerusi Kementerian Belia dan Sukan perlu disediakan sebagai strategi yang berkesan di dalam mendepani cabaran dunia semasa dan akan datang.”

SAHABAT GUNUNG

No comments: