15.3.09

Kerajaan Laksana Pembangunan Berterusan : Muhammad


TAIPING, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya melaksanakan pembangunan sepanjang masa mengikut perancangan dan bukannya hanya bekerja apabila ada pilihan raya, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Beliau berkata rakyat sendiri boleh melihat dan menilai bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh BN adalah untuk kebaikan mereka.

"Kita (kerajaan) berpandangan kalau ada mana-mana projek yang hendak dilaksanakan, kita akan laksanakan mengikut perancangan asal yang telah dibuat dan ini tidak bermakna kita hanya buat kerja bila hanya ada pilihan raya," katanya kepada pemberita pada Karnival Desa di Padang Sungai Kerang, Trong dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" tetapi sebaliknya projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.

Muhammad berkata rakyat khususnya penduduk Bukit Gantang seharusnya bijak membuat penilaian sekiranya kenyataan Najib itu dijadikan isu dan bahan kempen oleh pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Pembangkang ni apa kita buat pun dia akan komen. Buat itu tak kena, buat ini pun tak kena, semua yang kerajaan buat tak kena," katanya.

Beliau berkata tempoh setahun selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas telah membuktikan bahawa parti pembangkang sebenarnya lebih banyak membuat kacau dan menghalang kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan BN.

"Saya harap rakyat beri sokongan kepada kerajaan kerana kita perlu kepada kerajaan yang kuat dalam berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang," katanya.

Dipetik daripada BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

PAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html

Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

(Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)

Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan

http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
(Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)

Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?

http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
(dah delete sebab kecut telur)

Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...

PAS dah mula ketakutan...

Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
(baca artikel & komen keji penyokong PR)

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
(baca sekali semua komen makian penyokong PR)

Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.

Bukti dah jelas yg PAS mmg celaka! Hebahkan kepada semua agar kita tak lagi tertipu dgn manusia yang menggunakan agama Islam demi kepentingan politik. Bukti dah menunjukkan siapa yang benar.

ADI JAGAT PUTRA said...

sila lah lawati blog saya

kempen utk calon bukit gantang

http://adijagatputra.blogspot.com/2009/03/kepada-semua-pengundi-di-bukit-gantang.html#links