10.3.09

PPSMI - Kenapa Tidak Bela Nasib Melayu?



PAS dan PKR dalang kepada insiden rusuhan dan demonstrasi tunjuk perasaan mengenai bantahan PPSMI di ibu negara. Kelibat pemimpin pembangkang tidak dinafikan memainkan peranan dalam menyemarakkan kebencian kepada kerajaan.Kita lupa atau sengaja buat-buat nyanyuk, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.Adakah ini belum CUKUP memadai untuk menjadikan 'warganegara' Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek sains dan matematik sahaja hanya menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa.

GMP-PPSMI : Jangan matlamat menghalalkan cara

Melihat insiden perhimpunan dan perarakan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang hampir mencetuskan kekacauan Sabtu lalu, tercetus persoalan apakah ‘matlamat menghalalkan cara’. Memang benar, ada ibu bapa malah pendidik sendiri tidak bersetuju langkah kerajaan melaksanakan PPSMI pada 2003 tanpa mendapat maklumat balas tepat daripada kumpulan pejuang bahasa terlebih dahulu


Tiada dalang...apa yang berlaku di luar kawalan

Jika hari Ahad, Presiden GAPENA Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein menegaskan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) terperangkap ekoran campur tangan parti politik
dalam perhimpunan hari Sabtu, Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad hari Isnin tampil menegaskan pihak mereka tidak didalangi oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang. Sebaliknya beliau berkata, apa yang berlaku semasa perhimpunan membantah PPSMI tersebut adalah di luar bidang kuasa gerakan berkenaan

Demonstrasi bermotif politik bukan perjuangkan bahasa

Melihat Modus Operandi perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara, Sabtu pasti ada benarnya dakwaan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa insiden yang hampir cetus keganasan itu didalangi pembangkang. Berdasarkan apa yang berlaku sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyurai perarakan kira-kira 10,000 pembantah PPSMI yang merempuh sekatan polis menuju ke Istana Negara, jelas tindak tanduk sebahagian mereka bukan berasas kepada perjuangan bahasa mahupun pendidikan

No comments: