10.3.09

Pusat Tahfiz Di Setiap Daerah dan Baik Pulih Masjid dan Surau di Perak

Jika anda belum lagi mendengarkan perkhabaran ini maka biarkanlah kami mengkisahkan ianya. Adapun kerajaan Islam Perak pimpinan Dr Zambry telah memaklumkan bahawa kerajaan Negeri akan meneruskan usaha dakwah Islamiah dan menegakkan Syi'ar Islam dengan membina Pusat Tahfiz di setiap daerah.

Pembinaan pusat tersebut adalah inisiatif kerajaan Islam Perak untuk mengeluarkan lulusan Tahfiz Al Qur'an dalam jumlah yang begitu banyak. Di samping itu, melalui siri lawatan MB ke beberapa buah Masjid dan Surau, beliau komited untuk mengeluarkan dana khas bagi membaikpulih Masjid dan Surau yang rosak dan telah daif. Ini bagi membolehkan Ummat Islam menjalankan aktiviti Solat Berjamaah dengan khusyu' dan tawaddhu'

Penulis tersentuh jiwa. Bila Islam dijulang, maka jiwa penulis akan rasa syahdu. Penulis yakin bahawa inilah kerajaan yang diredhai Illahi Rabbi. Kerajaan yang tulus dan ikhlas serta mentaati perintah Yang Maha Terpuji.

Dahulu benarlah kerajaan DAP Musyrikin hanya mahu merosakkan agama Islam. Antaranya Konsert Kristian dijadikan agenda Kerajaan Negeri. Konsert Kristian tuan-tuan. Dihadiri pula oleh Menteri Besar Lalangnya. Mereka telah sesat dan boleh menyesatkan Ummat seluruhnya.

Sedarilah saudaraku seIslam. Aku tiada mengada-adakan ceritera. melainkan ianya adalah benar belaka. Dr Zambry bukanlah calang-calang orang dan juga ilmu agamanya. Beliau ialah mantan Naqib Usrah ABIM Pusat. Bapanya seorang nelayan dan dari kecil hidupnya susah. Kerana itulah beliau amat rapat dengan kampung dan pendesaan. Memahami apa ertinya kesusahan. Zambry adalah harapan orang miskin dan fakir.

Perak memberikan tempoh dua tahun lagi untuk program miskin tegar disifarkan. Tahniahlah kepada kerajaan Islam Perak yang sungguh prihatin ini.

Namun aku sedih.... teramat sedih.... Kenapakah saudaraku seIslam dari parti PAS dan PKR masih tak nampak lagi apa yang sedang berlaku. Ya Allah.... Bukakanlah pintu hati mereka untuk mendengar kebenaran dan melihat ketulusan.

Dipetik daripada laman perakbangkit.blogspot.com

No comments: