Mesyuarat di bawah pokok? Di bawah pokok? Dua tiga kali saya kena ulangi ayat tersebut kerana macam tidak mempercayai apa yang telah berlaku. Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
Mungkin kerana sudah terlalu kemaruk gilakan kuasa, hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya balik. ‘Menatang dulang paku serpih, mengata orang nampaknya
diri sendiri yang lebih’.
Yang lebih menggelikan hati ada juga makhluk – makhluk ni yang membawa sepanduk ‘The world is watching’. Ya, memang dunia sedang melihat, tapi dunia sedang melihat kebodohan, kejahilan dan sifat makhluk – makhluk ini yang langsung tiada adab dan kesopanan.
Yang lebih memalukan lagi adalah sifat Nizar ini yang langsung tiada sebarang rasa malu atau bersalah. Sejak dari hari dia membelot kepada orang Melayu hingga ke hari dia menderhaka kepada Sultan dan seterusnya kepada hari dia menjadi ‘Lebai Pokok’.
Semua rakyat sudah jelas dengan rancangannya bersekongkol dengan DAP untuk melepaskan tanah – tanah yang ada di negeri Perak ini. 999 tahun? 999 tahun? Baik ambil sahaja geran tanah tu dan terus bagi sahaja, kalau sudah sampai 999 tahun, tidak perlu lagi sebarang pemajakan.
Mana tender terbuka? Mana bantuan pendidikan anak Perak? Mana janji nak berjimat cermat? Mana janji ketelusan? Mana kemajuan ekonomi? Selama 11 bulan Perak di bawah Pakatan Rakyat, mereka hanya tahu menghentam Barisan Nasional. Itu salah, ini salah, itu tak kena, ini tak kena hanya mereka yang betul. Segala tindak tanduk selama ini hanya untuk mencari kesalahan orang. Kemajuan negeri, keadaan ekonomi, situasi rakyat semua diabaikan.
Bila sudah jatuh, bila sudah hilang kuasa, bila sudah kalah, maka cari rakyat semula. Propaganda palsu dilancarkan. Konspirasi, rancangan jahat, fitnah dan bermacam – macam lagi. Tapi nampaknya mereka tidak letakkan pula sebab utama kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak, iaitu berpunca dari keegoan, kesombongan, kealpaan dan kebodohan pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri.
Bila baginda Sultan tidak mahu mengikut rentak, sanggup derhaka. Berdasarkan kefahaman saya bila orang berkata, saya mohon derhaka bermakna dia bermohon untuk derhaka.
Sekejap kata akan mengikut sebarang keputusan mahkamah kemudian berkata mahkamah salah. Saya dah terlalu pening melihat segala Raja Lawak dari PR ini. Ini bukan rancangan reality TV untuk mereka jadikan pentas lakonan mereka. Mereka dengan mudah memperjudikan nasib rakyat demi untuk mencapai agenda mereka sendiri.
Harap – harap rakyat sudah mula sedar dengan kepincangan dan kebaculan PR ini, dan harap – harap rakyat sudah boleh semula membezakan mana yang benar dan mana yang buruk.
Wassalamm…..
1 comment:
memang benor UMNO tu hebat.
1.51 tahun perintah terus-menerus kutuk kerojenye kutuk mengutuk
2.51 tahun perintah hutang negara berpuluh Billion, memang deme 'hebat'
3. 51 tahun perintah ekuiti melayu tak sampai 20%
4. 51 tahun perintah indeks jenayah mencacak, index rasuah serope juge.......
5. 51 tahun perintah pemimpin2 deme kaya raye
6. 51 tahun perintah kira2 20ribu orang melayu islam miskin tegar di perak saje
7. 51 tahun perintah perak 22ribu ekar tanah diberi pd toke cina di lekir dsbnya. DI TRONG, kawasan prk b.gantang cina dapat 200 ekar dpt geran, melayu 1 org setengah ekar tak dpt2 geran. memang cerodik Umno
8. 9. 10. ......entah ape2 lagi,tak sior teman nak nulis nya
Post a Comment