
Katakan saja di mana, baik di kaki lima, di muka pintu, di corong radio, televisyen, warung kopi di kampung, pasar gelap serta di internet, semuanya sudah mampu dibolosi iklan produk seperti pil, kapsul, minuman didakwa mengandungi Tongkat Ali, serbuk, minyak sapu dan krim. Iklan dari mulut ke mulut pula lazimnya membabitkan rawatan tradisional seperti urut, susuk dan memasukkan bebola besi pada kulit zakar itu atas alasan menjadikannya kuat. Ketika kita tersenyum lebar mendengar iklan kopi yang namanya menggambarkan kejantanan, tidak ramai yang menyedari padah akibat 'penaklukan' ubat kuat yang berlambak di pasaran ini. Padah yang menunjukkan semakin ramai lelaki termasuk intelektual serta yang masih bergelar penuntut universiti sanggup berbelanja bagi memastikan kekuatan tenaga batin biarpun ada produk yang berisiko menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan mereka mengalami mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED). Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008.
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment